Friday, April 27, 2012

Syair Penyatuan Semula Korea

Dengar sini cucu tercinta,
Atuk ada satu cerita...
Benar belaka semata-mata,
Tidak pernah pula di dusta...

Dahulu Korea terpisah negara,
Demokrasi di selatan, autokrasi di utara...
Terdapat banyak perbezaan ketara,

Usaha penyatuan telah bermula,
Menerusi perhubungan dua hala...
Kegagalan berselang sekali sekala,
Kerana pemimpin keras kepala...

Impian kini menjadi nyata,
Republik Demokratik Rakyat tercipta...
Walaupun sering kali di perkata,
Kemerdekaan mengantikan gencatan senjata...

No comments:

Post a Comment