Monday, June 25, 2012

Syria Berdukacita

Pertelingkahan dalaman
Bukan kebetulan
Tatkala pembaharuan
Mula di suarakan
Sunnah di hapuskan
Syiah di agungkan
Tidak menghairankan
Tiada perikemanusiaan...

Syria berdukacita
Kekejaman berleluasa
Masyarakat antarabangsa
Baru bersuara
Setelah beberapa
Lama membuta...

Pemerintah autotarian
Akan di gulingkan
Dengan keazaman
Sebagai teman...

Saturday, June 23, 2012

Tangisan Rohingya

Sukar untuk aku percaya
Polemik agama alasan utama
Islam di cerca dan di hina
Sewenang-wenangnya oleh mereka
Yang berjiwa Syaitan belaka
Memporak perandakan seluruh negara
Sedangkan ajaran Buddha menolaknya...

Tangisan Rohingya kenyataan nyata
Saudara seagama terus di aniaya
Setiap masa dan ketika
Hanya kerana tidak di terima
Sebagai aliran holistik dunia
Di iktiraf oleh masyarakat antarabangsa...

Dengan di iringkan sebuah doa
Di panjatkan kepada Allah Azzawajalla
Semoga mereka akan berjaya
Tanpa rasa syak wasangka
Atas Qada', QadarNya juga...

Pantun Enam Belas Kerat

Pulau Pinang ke negeri Pahang
Menggali sejarah tokoh terbilang
Jika tiada aral melintang
Akanku tunggu sehingga petang
Menemubual semua waris pejuang
Di salah anggap sebagai penentang
Malangnya nasibku sungguh malang
Ada juga datang menghalang,
Ketika berada di medan perang
Walaupun sudah berkali di serang
Semangat juang takkan menghilang
Ibarat nyawa di hujung pedang
Akan menentang sehingga menang
Buat ibu pertiwi tersayang
Bukan sekadar untuk bersembang...

Pantun Tiga Puluh Dua Kerat

Jauh benar negeri Kelantan
Mengambil masa selama semalaman
Merah putih warna kebanggaan
Terpapar jelas di bendera kebangsaan
Serambi Mekah sejak berzaman
Menjadi omongan dan bualan
Budu kegemaran masyarakat tempatan
Mendapat sambutan setiap lapisan
Wau bulan megah di awanan
Beraneka warna memukau pandangan
Pemerintahan Pas dalam pakatan
Perjuangan Islam selalu di utamakan
Kerajaan di bawah ihsan Sultan
Memang tidak dapat di pertikaikan
Barisan mula mengerakan perancangan
Penguasaan secara besar-besaran,
Kelantan sering di dalam ingatan
Sukar untuk aku melupakan
Kenangan manis bersama teman
Tidak tergambar dengan perkataan
Terasa seperti sedang berkhayalan
Sudah lama berada di perantauan
Aku rindukan kampung halaman
Teringat kelibat anak kesayangan
Setiap kali mengharapkan kepulangan
Di rantau orang aku bersendirian
Menuntut ilmu tentang keagamaan
Tanpa sebarang rasa penyesalan
Jangan pula merasa hairan
Tiada paksaan membuat keputusan
Andai pertemuan di takdirkan Tuhan
Semoga kita sekeluarga di pertemukan...

Seloka Pendustaan Pemimpin Terkemuka

Tepuk dada tanya iman,
Menghadapi pancaroba hidup seharian...
Bertopeng muka orang budiman,
Rakyat jelata sendiri di anaktirikan...

Berjumpa sejak kali pertama,
Ketika tiba di kota Melaka...
Selalu bersama cendiakawan agama,
Semua itu dusta belaka...

Atur sejuta langkah ke depan,
Semangat juang jangan di pertikaikan...
Konon-kononnya penyelamat keadaan,
Pembunuhan bermaharajalela tanpa tentangan...

Bila sudah mendapat kesenangan,
Jangan di lupa akan kesusahan...
Basyar Al-Assad nama di berikan,
Syaitan berpaksikan doktrin Iran...

Syair Kenyataan Berselang Kebimbangan

Perlukah ada rasa kebimbangan,
Bertikam lidah dengan pagan...
Apabila kerajaan bertukar tangan,
Janji dahulu sekadar omongan...

Akui kamu keesaan Tuhan,
Seluruh alam bukti kekuasaan...
Kroni mengambil alih pemerintahan,
Menggunakan pengaruh dan kekayaan...

Kenapa awak merasa segan,
Kita berbual bersama teman...
Kebebasan bersuara di jadikan kekangan,
Di kongkong media berhaluan kanan...

Kura-kura bergerak perlahan,
Arnab juga di jadikan lawan...
Autokrasi berparlimen bukan kebetulan,
Andai pembangkang hilang penguasaan...

Gurindam Adat-adat Bersalam

Bersalam dengan tangan kanan,
Yang pahit di jadikan pengajaran...

Bersalam bersertakan senyuman manis,
Jangan pula hidup mengemis...

Bersalam secara sopan santun,
Bola di lambung tidak melantun...

Bersalam tanpa segan silu,
Tidak perlu merasa malu...

Bersalam penuh rasa bangga,
Malang jatuh tidak bertangga...

Bersalam wajah tampak ceria,
Kelat sungguh buah peria...

Bersalam tanpa syak wasangka,
Tiada guna bermasa muka...

Wednesday, June 06, 2012

1Malaysia, 1Dunia

Propaganda bergema,
Seiring masa,
Dan ketika,
Aku bangga,
Pencapaian negara,
Membuktikan kita,
Boleh berjaya,
HendakNya juga...

1Malaysia,
1Dunia,
Transformasi semasa,
Pimpinan berwibawa,
Melonjak nama,
Di persada antarabangsa,
Menjadi bicara,
Warga kota...

Oh, Bahasa Melayuku!!!

Di era globalisasi pada hari ini,
Tatkala dunia semakin canggih dengan teknologi,
Nilai ketimuran di canak dengan sesuka hati,
Seolah-olah sudah tiada ertinya lagi...

Oh, Bahasa Melayuku!!!
Mahu aku memberitahu,
Walaupun agak malu,
Terpaksa aku mengaku...

Kita penyebab utama,
Pertuturan kebangsaan di noda,
Pada setiap masa,
Tidak kira di mana...

Berat lidah untuk mengatakan hakikat sebegini,
Kebanggaan bangsa yang di perjuangkan sehingga ke mati,
Tidak lama nanti akan terus bersemadi,
Jangan sampai perkara itu menjadi realiti...

Gurindam Manusia Semakin Kejam

Pembuangan bayi makin berleluasa,
Jangan jadi gila kuasa...

Tiada ihsan terhadap binatang,
Ketentuan Tuhan sukar di tentang...

Di mana perginya erti berperikemanusiaan,
Tidakkah kamu punya perasaan?

Sesama kita di jual beli,
Sudah di fitnah berkali-kali...

Maruah diri di jadikan keuntungan,
Hadapi hidup dengan ketabahan...

Seloka Ketika Di Lamun Cinta

Terbang bebas ibarat rerama,
Ke sana ke mari seiring irama...
Setelah sudah sekian lama,
Terasa dunia milik bersama...

Tahu jenayah membawa padah,
Di buat tanpa rasa gundah...
Walaupun jauh ke negeri Kedah,
Lautan api sanggup di redah...

Dari Kelantan ke Selat Melaka,
Ingin mencari harta pusaka...
Apa lagi hendak di reka,
Segala-galanya indah belaka....

Jika dahulu satu Malaysia,
Kini sudah satu dunia,
Janji dan sumpah setia,
Tidak akan pernah di persia...

Syair Aku Anti Pro-Kerajaan

Bukan penipuan atau pembohongan,
Yang sangat ingin di perkatakan...
Jika sudah menjadi tatapan,
Tiada guna untuk mempertikaikan...

Kenapa aku anti pro-kerajaan,
Mereka membabibuta memberikan sokongan...
Tanpa memikirkan kesan tindakan,
Hanya kerana di berikan sogokan...

Kebingungan mula menguasai keadaan,
Rakyat sering kali di manipulasikan...
Baik di media massa tempatan,
Mahupun di corong radio, seharian...

Aku tetap dengan pendirian,
Sia sahaja pujuk rayuan...
Haluan kiri fahaman anutan,
Setiap masa akan di perjuangkan...