Friday, April 27, 2012

Syair Gelombang Kebangkitan Rakyat

Bermula dengan tunjuk perasaan,
Secara aman tanpa tentangan,
Membanjiri seluruh pelosok dataran,
Membawa sepanduk mengutuk kerajaan...

Keadaan semakin di luar kawalan,
Sesama sendiri berasak-asakan,
Polis bantuan melepaskan tembakan,
Jerit pekikan jelas berkedengaran...

Pertempuran demi pertempuran berterusan,
Berlarutan dan tidak berkesudahan,
Pemberontak menguasai setiap jalan,
Menentang pihak yang berlawan...

Berjuta rakyat jelata terkorban,
Hanya kerana merealisasikan pembaharuan,
Pemerintahan kuku besi di gulingkan,
Demokrasi menjadi saksi kemenangan...

No comments:

Post a Comment