Monday, April 30, 2012

Pantun Penghargaan

Pergi ke pekan bersama rakan,
Rakan membeli keropok ikan...
Terima kasih kami ucapkan,
Atas bimbingan cikgu berikan...

Jangan pula merasa malas,
Pakat-pakat kita berkemas...
Pengorbanan cikgu tidak terbalas,
Walaupun dengan jongkong emas...

Terlari-lari, terkejar-terkejar,
Bersembunyi sehingga di pinggir paya..
Cikgu tetap sabar mengajar,
Sehingga kami semua berjaya...

Sejak tadi termangu-mangu,
Kenapa harus begitu, Izzah???
Jika bukan kerana cikgu,
Tidak tergenggam segulung ijazah...

No comments:

Post a Comment