Thursday, April 26, 2012

Seloka Pujangga Haluan Kiri

Berkarya bukan kerana nama,
Walaupun berjarak perbezaan kita...
Perjuangan ikhlas semata-mata,
Mahu menyemarak semangat patriotisma...

Biarpun di caci dan di cerca,
Dengan kata-kata nista...
Pendirian ini tetap sama,
Melihat negara tercinta merdeka...

Gugur satu persatu perwira,
Bersemadi tanpa istiadat tentera...
Pengorbanan sukar untuk di terima,
Konon-kononnya pengkhianat bangsa...

Sungguh mudah kalian lupa,
Jasa tokoh-tokoh ternama,
Berkorban nyawa dan harta benda,
Hanya kerana fahaman berbeza...

No comments:

Post a Comment