Friday, April 27, 2012

Pantun Enam Kerat

Kemana perginya semua tuala,
Tuala bukan sebarang jenama,
Di beli di pasar raya terkemuka...
Takdir Tuhan penentu segala,
Harus pasrah reda terima,
Walaupun hati ini terluka...

Kain sendiri lupa di jaga,
Menyibuk kain saudara mara,
Tegur kata mahu berlaga...
Tidak kusangka tidak kuduga,
Rupanya kau berpura-pura,
Hanya kerana orang ketiga...

Malam sudah menjelang tiba,
Sungguh indah memukau mata,
Satu dari tanda kekuasaanNya...
Tiada guna meratap hiba,
Pertama kali gagal bercinta,
Pasti ada hikmah di sebaliknya

No comments:

Post a Comment