Friday, April 27, 2012

Pantun Perbandingan

Ingin mendaki Gunung Jerai,
Dari tadi terpinga-pinga...
Becok seperti mulut murai,
Mengomel anak jiran tetangga...

Lekas di buang sampah sarap,
Selepas ini ke rumah kamu...
Hina seperti kucing kurap,
Sayang, adakah itu maksudmu???

Rindu masih lagi membara
Di belai dengan pujukan manja...
Lambat seperti kura-kura,
Mahu mengejar burung senja...

Nasi goreng berlauk budu,
Di gemari anak Pak Abu...
Merdu bagai buluh perindu,
Menusuk hingga ke dalam kalbu...

No comments:

Post a Comment