Saturday, June 23, 2012

Tangisan Rohingya

Sukar untuk aku percaya
Polemik agama alasan utama
Islam di cerca dan di hina
Sewenang-wenangnya oleh mereka
Yang berjiwa Syaitan belaka
Memporak perandakan seluruh negara
Sedangkan ajaran Buddha menolaknya...

Tangisan Rohingya kenyataan nyata
Saudara seagama terus di aniaya
Setiap masa dan ketika
Hanya kerana tidak di terima
Sebagai aliran holistik dunia
Di iktiraf oleh masyarakat antarabangsa...

Dengan di iringkan sebuah doa
Di panjatkan kepada Allah Azzawajalla
Semoga mereka akan berjaya
Tanpa rasa syak wasangka
Atas Qada', QadarNya juga...

No comments:

Post a Comment