Wednesday, June 06, 2012

Syair Aku Anti Pro-Kerajaan

Bukan penipuan atau pembohongan,
Yang sangat ingin di perkatakan...
Jika sudah menjadi tatapan,
Tiada guna untuk mempertikaikan...

Kenapa aku anti pro-kerajaan,
Mereka membabibuta memberikan sokongan...
Tanpa memikirkan kesan tindakan,
Hanya kerana di berikan sogokan...

Kebingungan mula menguasai keadaan,
Rakyat sering kali di manipulasikan...
Baik di media massa tempatan,
Mahupun di corong radio, seharian...

Aku tetap dengan pendirian,
Sia sahaja pujuk rayuan...
Haluan kiri fahaman anutan,
Setiap masa akan di perjuangkan...

No comments:

Post a Comment