Thursday, July 26, 2012

Di sebuah Makmal Rahsia

Melangkah masuk dengan langkah kanan
Bersama dengan sahabat seangkatan
Dari jauh terasa tekanan
Tidak tergambar dengan lukisan
Di lukis oleh pelukis handalan
Di sulami seribu satu kebimbangan
Jika eksperimental menemui kegagalan
Bukan itu yang aku mahukan
Usaha tetap akan di teruskan
Walaupun di hadang dugaan dan rintangan...

Kajian demi kajian di perincikan
Alat-alatan sudah di sediakan
Hanya menanti masa untuk di buktikan
Kebolehan anak-anak tempatan
Seiring dengan perkembangan zaman
Supaya tidak juga ketinggalan
Dalam arus perdana kemodenan
Membelakangkan batas-batas pemikiran...

Manisnya Sebuah Iman

Manisnya sebuah Iman
Tidak terucap dengan perkataan
Tidak terbayang dengan fikiran
Walaupun di bandingkan dengan manisan
Tiada satu pun dapat di perbandingkan
Bersyukurlah kepada Tuhan
Kerana telah di berikan kesempatan
Pertama kali dalam kehidupan....

Manisnya sebuah Iman
harus di peliharakan dari di hapuskan
Baik Iblis, Jin dan Syaitan
Ataupun manusia berhati haiwan
Perlu di tambah lagi ketaqwaan
Supaya dapat mengharungi ujian...


Syair Empat Rangkap Empat Baris

Suatu hari di hari Khamis,
Ingin mencari siput remis,
Kenapa engkau begitu sadis,
Kerana aku berpenyakit kudis...

Berdarah keturunan pahlawan Bugis,
Terharu rasa ingin menangis,
Adakah aku terlalu rasis,
Mengutuk bangsa dengan bengis?

Sudah lama hamba cawis,
Berperang di hadapan menggunakan keris,
Jika mahu mendengar hadis,
Tolonglah dengar sehingga habis...

Sungguh tegap badan si haris,
Walaupun perutnya tidak kempis,
Kacang di pecah, di kuis-kuis,
Jangan pula hendak memengkis...

Seloka Buat Abah

Hendak di ukur baju baru,
Baju lama di biarkan sahaja...
Enam tahun sudah berlalu,
Wajahmu sukar untukku lupa...

Pak Ahmad mukanya garang,
Jarang sekali tersenyum ria...
Jasamu tetap akan di kenang,
Walaupun kau sudah tiada...

Dia hanya tersipu malu,
Adakah aku tersilap kata?
Dari kecil membesarkan aku,
Supaya menjadi manusia berguna...

Baik miskin ataupun kaya,
Bersama-sama membina negara...
Kupanjatkan doa kepada Azzawajalla,
Semoga abah tenteram di sana...

Pantun Sindiran

Sia-sia bujang terlajak,
Jika aku ada yang hendak...
Sia-sia beristeri bijak,
Jika tidak pandai memasak...

Sakit di rotan sungguh pedih,
Kerana meludah ketika berselisih...
Mengata dulang paku serpih,
Mengata orang dia yang lebih...

Buruk pakaian boleh di tahan,
Buruk lagi jika di bandingkan...
Buruk kawan selalu di tertawakan,
Buruk sendiri tidak di akukan...

Dari jauh mencari ubat,
Di sertakan dengan sebotol gamat...
Kenapa malu di beri nasihat,
Demi untuk kebaikan ummat...

Gurindam Pendirian Tegas Seorang Imam

Sembahyang harus selalu di dirikan,
Belajar dengan penuh keazaman...

Al-Quran panduan sepanjang zaman,
Kesilapan seharusnya hendaklah di perbetulkan...

Hadis jangan pula di lupakan,
Untuk kebaikan di masa hadapan...

Zikir pengubat hati kelukaan,
Kenangan lalu usah di ingatkan...

Sunnah tetap menjadi naungan,
Perintah Allah jadi ikutkan...

Syiah perlu kalian ketepikan,
LaranganNya kenapa di pandang ringan?

Tuesday, July 17, 2012

Seloka Betapa Allah Sayangkan Kita

Selama ini kita buta,
Di butakan oleh dunia fana...
Pada akhirat yang kekal selamanya,
Di janjikan Tuhan Yang Maha Kuasa...

Wanita, nafsu dan harta,
Tidak akan bawa ke mana...
Hanya amalan baik di bawa,
Untuk di adili olehNya di sana...

Betapa Allah sayangkan kita,
Di uji kita secara saksama...
Tidak kira usia dan jantina,
Semuanya langsung tiada beza...

Kembali semula kepada agama,
Selagi masih lagi bernyawa...
Sebelum ajal dan maut tiba,
Supaya kita lebih bersedia...

Apabila Komputer Menjadi Raja

Kebimbanganku mungkin menjadi nyata
Apabila komputer menjadi raja
Di buatnya manusia sebagai hamba
Walaupun ada yang tidak merela
Di perlakukan dengan sebegitu rupa
Amarah mula menguasai jiwa
Setiap masa dan juga ketika
Penentangan secara rahsia, bermula
Di usahakan oleh pengodam di seluruh dunia...

Aku tidak pernah berkata
Salah untuk kalian mengguna
Jika di bandingkan kebijaksanaan kita
Sungguh jauh jarak perbezaannya
Sekadar untuk meluahkan rasa
Yang terbuku di dalam dada
Sukar di luahkan begitu sahaja...

Tidak mengapa kalau tidak percaya
Suatu hari nanti terbukti jua
Masa itu jangan terpinga-pinga
Sudah di takdirkan Tuhan Yang Maha Esa
Tiada siapa yang terlepas darinya...

Tatkala Pena Idealisma Bersuara

Islam menjadi tonggak utama
Dalam perjuangan untuk agama
Bangsa dan juga negara
Perbezaan fahaman di antara kita
Tidak perlu di persoalkan semula
Kenapa harus mencaci mencerca
Dengan kata-kata nista
Yang menguris jiwa raga
Aku hanya manusia biasa
Langsung tidak serba sempurna
Namun aku punya rasa
Bukannya cuma boneka bernyawa...

Tatkala pena idealisma bersuara,
Tidakku gentar di acu senjata
Konon-kononnya di gelar penderhaka
Itu semua dusta belaka!!!
Kecewa aku tidak terkata
Karyaku itu tidak di terima
Siapa yang akan percaya
Memberi ilmu pada pembaca...

Gurindam Dari Sudut Agama Islam

Rukun Islam ada lima,
Ikut cara orang lama...

Rukun Iman ada enam,
Marah jangan pula di pendam...

Asma-ul-husna nama-nama Allah,
Harus terima dengan pasrah...

Seratus dua puluh lima ribu nabi,
Perlahan bagaikan labi-labi...

Tiga ratus tiga belas rasul,
Sudah di cadang pelbagai usul...

Tok Adam bapa manusia,
Kenapa semuanya perlu di persia?

Nabi Muhammad Khatimul Anbiya,
Miskin dahulu sebelum kaya...

Pantun Ramadan

Sudah puas kita berkelahi,
Hanya kerana sebuah peti...
Bersyukur aku pada Ilahi,
Di panjangkan umur untuk menanti...

Terang sang suria pagi,
Seharusnya di nikmati sepuas hati...
Setelah Syaaban berlalu pergi,
Adakah puasa lalu terganti?

Sungguh enak gulai keli,
Di makan dengan nasi briyani...
Di rai hanya sebulan sekali,
Dalam bulan Al-Quran di turuni...

Semoga anda sentiasa di berkati,
Itu di katakan Encik Rafi...
Aidilfitri terus di nanti-nanti,
Bukti kemenangan sukar di nafi...

Syair Perbezaan Syiah Dan Sunnah

Wanita Arab suka berpurdah,
Jati diri seorang Muslimah,
Lihat dari sudut aqidah,
Tidakkah kalian merasa gundah?

Pergi ke rumah Pak Mat,
Ingin meminjam semula pemahat,
Berimamkan Ayatollaknat sebagai penyelamat,
Sewenang-wenangnya mencacimaki sahabat...

Dari mana hendak ke mana?
Tanya selamba Cikgu Husna,
Ahlul Bait terus di hina,
Al-Quran di kata tidak sempurna...

Jangan pernah menyerah kalah,
Jika tidak mahu di jajah,
Perbezaan Syiah dan Sunnah,
Perhati sendiri pada sejarah...



Thursday, July 12, 2012

Digarhayu Perjuanganku

Tidak perlu
Merasa malu
Kerana mahu
Berjuang, bersemboyankan semangat jitu...

Tanpa ragu
Mengorak langkah baru
Untuk bangsa Melayu
Bersatu dan bersepadu...

Digarhayu perjuangaku
Dengan berkah Tuhan Yang Maha Satu
Bukan sekadar seru-menyeru
Bermanis janjikan kata-kata palsu...

Hanya masa dan waktu
Bakal menjadi penentu
Tiada guna aku keliru
Dan tiada guna aku buntu...

Gurindam Jika Ingin Hidup Tenteram

Saling kita hormat-menghormati,
Kepahlawanan di kenang sampai ke mati...

Tolong-menolong sesama jiran,
Jangan pedulikan segala tomahan...

Berbakti kepada orang tua,
Lambat-laun ketahuan jua...

Melaksanakan hukum-hakam agama,
Guna yang baru, buang yang lama...

Mengikuti aktivi-aktiviti kemasyarakatan,
Semoga perjuangan di berkati Tuhan...

Seloka Kuasa Di sebalik Reich Ketiga

Ini bukan kali pertama,
Sebelum kita bertentang mata...
Aldof Hitler penaung utama,
Di lobi oleh saintis terkemuka...

Suka, tidak atau sebaliknya,
Harus pasrah reda terima...
Atas sokongan Menteri Propaganda,
Persatuan Thule merencanakan agenda...

Setelah selepas kenyang makan,
Perut memulakan proses penghadaman...
Ujikaji persenjataan jadi igauan,
Bukti keunggulan negara Jerman...

Mari ramai-ramai bersarapan,
Bersarapankan baik untuk kesihatan...
Moraliti ketentaraan di tahap membanggakan,
Menjadi omongan sepanjang zaman...

Syair Mereka Juga Sama Sahaja

Tidak perlu untuk di perkatakan,
Berbicara menggunakan akal fikiran,
Baik kiri atau kanan,
Perjuangan langsung tiada perbezaan...

Pemerintah dan pembangkan bertelagah,
Rakyat jelata di tengah-tengah,
Semakin lama semakin gundah,
Tidak mahu menyerah kalah...

Mereka juga sama sahaja,
Nama sendiri mahu di jaja,
Memujuk dengan godaan manja,
Itu juga di katakan kerja...

Berjuang secara gila kuasa,
Jarang hendak berputus asa,
Apabila sudah tiba masa,
Negara tercinta menjadi mangsa...

Pantun Propaganda

Di akhirat dosa di perhitungkan Tuhan,
Walaupun hanya sebesar kuman...
Haluan kiri fahaman pilihan,
Jangan sesiapa hendak mempertikaikan...

Baru berperang sudah menyerah,
Alamat kita akan di jajah...
Baik pembangkang mahupun pemerintah,
Menyokong dan juga membantah...

Minum teh kurang manis,
Bersama dengan sekotak kismis...
Bukan Sosialis atau Komunis,
Tidak perlu bersikap skeptis...

Menyeberangi sungai melalui titi,
Berjalan secara penuh teliti...
Biarpun berjuang sampai ke mati,
Perjuangan akan tetap di hati...

Dj Zaki : Berpuisikan Komposisi Melodi

Namaku Zaki
Di kenali sebagai Dj Zaki
Dj Program Malaysia terkini
Mengubah rasa di hati ini
Di iringi bersama kepelbagaian melodi
Secara rohani dan jasmani
Untuk di hayati dan di dengari...

Berkomposisi dengan seikhlas hati
Bukan mengharapkan sebarang simpati
Sekadar untuk menghiburkan diri
Tidak aku mencari populariti
Aku harap kalian mengerti
Jangan pula di persoalkan nanti...

Monday, July 09, 2012

Seloka Penantian Pilihan Raya Yang Tak Kunjung Tiba

Ketua pembangkang akhirnya bersuara,
Hasrat dirinya ingin bersara...
Dari menawan seluruh Putrajaya,
Sehingga berlawanan sesama mereka...

Kroni yang masih berkuasa,
Mula khuatir kehilangan segalanya...
Perdana Menteri berkeras kepala,
Merahsiakan bila pilihan raya...

Semakin lama semakin kecewa,
Rakyat jelata juga merana...
Peralihan kuasa belum terlaksana,
Pelapis baru terpinga-pinga...

Suka, tidak atau sebaliknya,
Sukar untuk aku terima...
Kenyataan sinis sebegitu rupa,
Walaupun dengan bermacam cara...

Syair Bukan Sosialis Atau Komunis

Aku tahu kalian idealis,
Memandang aku dengan pesimis,
Lancang bermadah bagaikan aktivis,
Konon-kononnya aku ekstremis...

Di fitnah mengamalkan fahaman Marxis,
Membuatkan hatiku sungguh terguris,
Sampai ke mati takkan habis,
Di caci dengan kata sinis...

Bukan Sosialis atau Komunis,
Hanya sekadar seorang reformis,
Di dalam medan seni puitis,
Tersirat di sebalik ayat manis...

Baik beliawan mahupun beliawanis,
Berjuang menentang pemimpin fasis,
Di saat politik negara kritis,
Tanpa bantuan dari radikalis...

Pantun Kemerdekaan

Seluruh tenaga di kerah sudah,
Akhirnya di balas dengan santau...
Di jajah bersilih ganti penjajah,
Sejak lima abad lampau...

Pedang panjang Tokku Alang,
Di balut dengan kain selendang...
Bangun satu persatu perjuang,
Di salah anggap sebagai penentang...

Kenapa harus merasa malu,
Bertemankan kawan dengan si dia...
Lima dekad sudah berlalu,
Dari Malaya ke Gagasan Malaysia

Seharusnya kamu lebih peka,
Usah hanya bersuka ria...
Bukan mudah untuk merdeka,
Jangan pula kita mempersia...

Gurindam Kelam Di Waktu Malam

Gelap gelita tidak terkata,
Kerana kuasa, buta mata...

Lampu neon di sini sana,
Rakyat jelata juga merana...

Terang cahaya bulan purnama,
Terkenal kerana keluarga ternama...

Bintang berkedip-kedipan di angkasaraya,
Apa sebenarnya lebih bahaya?

Ayla Kamaroffa : Bicara Cinta Semasa Muda

Dari Rusia datang ke Malaysia
Hanya sekadar untuk bersuka ria
Bersama-sama rakan senegara
Entah di mana pula silapnya
Aku jatuh cinta pandang pertama
Walaupun aku sudah punya teman istimewa
Tiada guna jika di soal semula
Jika sudah di takdirkan Tuhan Yang Maha Esa
Terpaksa aku putuskan perhubungan kita
Biarpun engkau tidak rela terima...

Di islamkan aku sebaris kalimah mulia
Bersaksikan imam Masjid Negara
Di hadapan bakal ibubapa mentua
Doa kupanjatkan kepada Allah Azzawajalla
Rasa syukur tidak terhingga
Tanpa ada syak wasangka
Terbina iman dan juga taqwa
Itu yang aku percaya...

Kini aku sudah di mamah usia
Namun aku merasa hidup lebih bahgia
Bersama si dia, orang ketiga
Maafkan aku kerana membuat kau kecewa
Aku hanya manusia biasa
Lemah dengan rayuan manja...



Saturday, July 07, 2012

Sahabat (2012 Edit)


Sahabat
Setia berdamping ibarat malaikat
Bagaikan penukul dengan pemahat
Erat sehingga ke akhir hayat...

Sahabat
Engkau juga datang mengubat
Dengan rasa penuh hormat
Berbekalkan sebotol minyak gamat
Mengusap sambil berzikir munajat...

Sahabat
Andai di takdirkan umurku singkat
Airmatamu itu harus di kesat
Kepada Tuhan doa kupanjat
Semoga di pertemukan semula di akhirat

Wednesday, July 04, 2012

Lima Puluh Lima Tahun

Lima puluh lima tahun merdeka
Negara aman, makmur dan sentosa
Malaysia semakin di kenali oleh dunia
Mengorak langkah dengan semangat waja
Cuba melupakan semua cerita lama
Dalam lipatan sejarah semasa, dahukala
Sebagai sebuah pengajaran yang berguna
Supaya kita tidak mudah lupa
Walaupun hanya untuk seketika sahaja...

Lima puluh lima tahun merdeka
Mengajar aku hidup dalam patriotisma
Cinta akan budaya, bangsa, agama
Tanpa ada rasa perasaan curiga
Tidak perlu di perkatakan apa-apa
Terima seadanya dengan berlapang dada
Perbezaan tidak akan bawa ke mana...

Daffa : Irama Balada Lama

Membesar di sebuah ibu kota
Dari keluarga yang sederhana
Ingin mengejar cita-cita
Menjadi seorang penyanyi ternama
Mengikut perkembangan semasa negara
Tanpa sebarang rasa curiga
Siapa yang akan menyangka
Bakat sedia ada di persia
Kecewa tidak terucap kata
Dalam gembira memendam duka...


Kukaryakan irama balada lama
Dengan sejuta madah pujangga
Tersirat seribu satu makna
Tidak perlu untuk di perkata...

Memang sukar hendak percaya
Karyaku di terima oleh dunia
Bukan sahaja di alam maya
Malahan juga di media massa
Bersyukur aku tidak terhingga

Gurindam Ayat-ayat Dalam

Ayat-ayat cerca-mencerca,
Mencari rezki menggunakan beca...

Ayat-ayat madah pujangga,
Terkejut mulut luas ternganga...

Ayat-ayat pemimpin ternama,
Bergaya seperti ayam serama...

Ayat-ayat gurau senda,
Dengan ketua jangan bercanda...

Ayat-ayat cendiakawan agama,
Balasan mengikut hukum Karma...

Ayat-ayat orang gila,
Pakat-pakat duduk bersila...

Ayat-ayat ahli kimia,
Banyak perkara perlu di rahsia...

Ayat-ayat bahasa lama,
Ingin menjadi orang pertama...

Seloka Merdeka Malaysia Selamanya

Minum teh, makan bahulu,
Sambil melihat pemandangan senja...
Pasca-kolonial sudah berlalu,
Jangan kita mudah lupa...

Buah ciku buah bidara,
Enak di makan begitu sahaja...
Pertahankan dengan segala cara,
Atas nama negara tercinta...

Apa gunanya pada kuasa,
Tanah air porak peranda...
Sejarah telah mengajar kita,
Agar menjadi lebih dewasa...

Memukat ikan menggunakan jala,
Jala buatan Pak Desa...
Kupanjatkan doa kepada Azzawajalla,
Semoga merdeka Malaysia selamanya...

Pantun Sebelum Kita Merdeka

Istana Diraja sudah di reka,
Kontrak cepat-cepat di pulun...
Di manipulasi dan di anaktirikan mereka,
Konon-kononnya lebih bertamadun...

Mataku sudah berpinar-pinar,
Sekarang mahu turun tangga...
Kekayaan negara di bawa keluar,
Membuatkan kita terpinga-pinga...

Belajar tajwid tentang al-Quran,
Jadi panduan sepanjang zaman...
Kebebasan bersuara menjadi kekangan,
Hak bumiputera tidak di akukan...

Orang gasar suka menjarah,
Tidak pernah rasa bersalah...
Menentang tanpa rasa lelah,
Membebaskan negara dari penjajah...


Syair Pemodenan Dalam Kesusasteraan

Mengail ikan menggunakan joran...
Joran di beli, di pekan sempadan,
Pengkaryaan dahulu jangan di lupakan,
Selarikan dengan penuh pengajaran...

Sungguh hebat melukis pemandangan,
Kapal sedang berlabuh di pelabuhan...
Tersurat dan tersirat di utamakan,
Memang selalu harus di pertimbangkan...

Ramai makan sambal belacan,
Membuatkan aku merasa hairan...
Seni kata bahasa kebangsaan,
Di perhaluskan sehalus kuman tumbuhan...

Sama cantik, sama padan,
Andai sudah di takdirkan Tuhan...
Kemodenan bukan satu alasan,
Cara lama perlu di hapuskan...