Monday, April 30, 2012

Pantun Penghargaan

Pergi ke pekan bersama rakan,
Rakan membeli keropok ikan...
Terima kasih kami ucapkan,
Atas bimbingan cikgu berikan...

Jangan pula merasa malas,
Pakat-pakat kita berkemas...
Pengorbanan cikgu tidak terbalas,
Walaupun dengan jongkong emas...

Terlari-lari, terkejar-terkejar,
Bersembunyi sehingga di pinggir paya..
Cikgu tetap sabar mengajar,
Sehingga kami semua berjaya...

Sejak tadi termangu-mangu,
Kenapa harus begitu, Izzah???
Jika bukan kerana cikgu,
Tidak tergenggam segulung ijazah...

Friday, April 27, 2012

Iraq Bersuara

Tiada guna, meratap hiba,
Tiada guna, bermuram durja....
Kerajaan lama, pimpinan ternama,
Kini hanya, tinggal lagenda...

Penjajah bermaharajalela, dengan bersahaja,
Konon-kononnya, di gelar perwira...
Pertubuhan antarabangsa, membutakan mata,
Memekakan telinga, mendengar cerita...

Iraq bersuara, bernadakan kecewa,
Namun ada, siapa bertanya???
Rakya menderita, dalam gembira,
Mengenangkan semula, seribu duka...

Derita Somalia

Tanduk Afrika,
Negara tercinta...
Masih sama,
Tiada beza...
Di sini sana,
Kebuluran melanda...
Menjadi mangsa,
Rakyat jelata...

Somalia menderita,
Angkara manusia...
Gilakan kuasa,
Yang sementara...

Sampai bila,
Akan berakhirnya...
Segala sengsara,
Berbuku di dada...

Keluhan Kashmir

Nilai keamanan, berertikah?!
Sering di tindas penjajah...
Tanpa rasa bersalah,
Memujuk pengganasa menyerah...
Namun, kami pasrah,
Tidak pernah menyerah...

Kashmir masih melangkah,
Walaupun agak gundah...
Menghadapi ketentuan Allah,
Dengan rasa berserah...

Pasti ada hikmah,
Tersembunyi di sebalik arah...

Salam Satu Nusantara : Pattani Merdeka!!!

Harinya akan tiba,
Wahai anak bangsaku...
Melihat negara tercinta,
Makmur seperti dulu...
Seruan jihad bergema,
Jangan di tunggu-tunggu...
Kemenangan pasti ada,
Percayalah kepada Tuhanmu...

Rintihan Gaza

Mereka di sana,
Terus-menerus di aniaya...
Setiap masa,
Oleh manusia durjana...
Mempergunakan agama,
Sebagai senjata utama...

Inikah keadilan?!
Bermaharajalela tanpa tentangan...
Diri terkorban,
Kerana mengharapkan ihsan...
Sesama insan,
Yang tidak kesampaian...

Kita di sini,
Hanya mampu meratapi...
Kesengsaraan di alami,
Walaupun menyakitkan hati...
Kepada Ilahi,
Memohon kebebasan abadi...

Aldof Hitler

Seribu kekesalan,
Tersarat di hati...
Mengingatkan sejarahmu,
Aldof Hitler...

Berjenterakan tentera,
Dunia di tentang...
Namun tertewas,
Di lawan resah...

Hancur harap,
Angkara diri...
Bertuankan nasfu,
Aldof Hitler...

Mati di hina,
Kezaliman di kenang...
Paksi tertumpas,
Negara di musnah...

Guridam Dari Pandangan Alam

Sesudah malam menjelma siang,
Malang datang tidak di undang...

Ombak laut memecah pantai,
Bodoh berpura-pura pandai...

Bayu senja membelai manja,
Di atas meja, bertimbun kerja...

Suasana di waktu petang indah,
Enggan menyokong selalu membantah...

Bintang berkedipan di angkasa raya,
Walaupun tampan kurang bergaya...

Hujan turun renyai-renyai,
Hutang bila mahu di langsai?!

Bulan purnama mula menghilang,
Salahkah hidup berkasih sayang???

Gurindam Tentang Negara Siam

Phuket tempat pelancongan terkenal,
Berdiri dengan semangat kental...

Selatan masih lagi bergolak,
Malu kain di pakai terselak...

Demokrasi berparlimen, Raja berpelembagaan,
Bila berjalan, pandang ke depan...

Sehingga kini belum di jajah,
Sudah menyerah sebelum kalah...

Gajah putih lagenda ternama,
Baik yang baru dari yang lama...

Thaildan tercinta nama di beri,
Susah senang tanggung sendiri...

Gurindam Dendam-dendam Semalam

Dendam semalam masih membara,
Semakin jauh, semakin mara...

Dendam semalam belum berakhir,
Kaya budi walaupun fakir...

Dendam semalam sukar di lupa,
Enak rasanya air kelapa...

Dendam semalam menyeksa jiwa,
Jangan pernah rasa kecewa...

Dendam semalam berkurun terpendam,
Cucu cicit keturunan Adam...

Dendam semalam  tersurat niat,
Ikan rebus belum di siat...

Dengan semalam hanya gurauan,
Kitab Suci jadi panduan...

Gurindam Enam Resam Terpendam

Berlaga itik dengan ayam,
Adat manusia menyimpan dendam...

Berlaga gajah dengan badak,
Selalu melulu bila bertindak...

Berlaga harimau dengan singa,
Tahu buat terpinga-pinga...

Berlaga ular dengan kera,
Kenapa suka berpura-pura...

Berlaga ikan dengan burung,
Kepala terlepas, badan terkurung...

Berlaga tikus dengan kucing,
Sudah bodoh enggan di bimbing...

Syair Penyatuan Semula Korea

Dengar sini cucu tercinta,
Atuk ada satu cerita...
Benar belaka semata-mata,
Tidak pernah pula di dusta...

Dahulu Korea terpisah negara,
Demokrasi di selatan, autokrasi di utara...
Terdapat banyak perbezaan ketara,

Usaha penyatuan telah bermula,
Menerusi perhubungan dua hala...
Kegagalan berselang sekali sekala,
Kerana pemimpin keras kepala...

Impian kini menjadi nyata,
Republik Demokratik Rakyat tercipta...
Walaupun sering kali di perkata,
Kemerdekaan mengantikan gencatan senjata...

Syair Pesanan Jeneral Azlan

Ada sesuatu ingin kukatakan,
Sebelum kalian ke medan pertempuran...
Langkah kanan, maju ke depan,
Dengan penuh semangat kepahlawanan...

Jika di tangkap oleh musuh,
Biar di dera seluruh tubuh...
Berpegang pada pendirian teguh,
Jangan menurut apa di suruh...

Berbakti kepad ibu pertiwi,
Walaupun hanya sebesar sawi...
Sesama sendiri usah berdakwi,
Hidup berpuak seperti badwi...

Layakkah kita di gelar penderhaka,
Kerana ingin negara merdeka...
Apa gunanya bermuka-muka,
Hati di dalam masih terluka...

Syair Gelombang Kebangkitan Rakyat

Bermula dengan tunjuk perasaan,
Secara aman tanpa tentangan,
Membanjiri seluruh pelosok dataran,
Membawa sepanduk mengutuk kerajaan...

Keadaan semakin di luar kawalan,
Sesama sendiri berasak-asakan,
Polis bantuan melepaskan tembakan,
Jerit pekikan jelas berkedengaran...

Pertempuran demi pertempuran berterusan,
Berlarutan dan tidak berkesudahan,
Pemberontak menguasai setiap jalan,
Menentang pihak yang berlawan...

Berjuta rakyat jelata terkorban,
Hanya kerana merealisasikan pembaharuan,
Pemerintahan kuku besi di gulingkan,
Demokrasi menjadi saksi kemenangan...

Syair Kemangkatan Pemerintah Agung

Hari ini hari bersejarah,
Tidak mungkin akan pernah berubah,
Perginya seorang pemimpin terbetah,
Menanti penghakiman di akhirat jemah...

Sifat kepahlawanan jadi omongan,
Nama sering menjadi sebutan,
Seiring sejalan bertimbal-timbalan,
Ke tanah perkuburan berambal-ambalan...

Rakyat jelata memberi adamat,
Tidak mengira pangkat dan darjat,
Waris si mati memberi amanat,
Semoga rohnya di cucuri rahmat...

Bukan suratan atau kebetulan,
Jika sudah di takdirkan Tuhan,
Legasi kepimpinan tinggal kenangan,
Berbunga mekar di dalam ingatan...

Pantun Dua Kerat

Ikan keli ikan siakap,
Sungguh petah bercakap-cakap...

Tersipu malu memakan kuaci,
Kunci di simpan di dalam laci...

Bermain bola di tengah padang,
Jangan suka buat temberang...

Roda besi roda kayu,
Sungguh bijak memujuk rayu...

Merah darah putih sutera,
Usah percaya jampi mentera...

Pantun Empat Kerat

Pergi sembahyang di Masjid Benggali,
Malam Khamis Tabligh berkumpul...
Hendak apa kamu membeli,
Kertas, setem ataupun sampul???

Dari Perak ke Pulau Pinang,
Mahu berjumpa sahabat pena...
Wajahmu seorang asyik terbayang,
Malamku tidur tidak lena...

Sudah berkali-kali membantu,
Di balas dengan herdikan kasar...
Fikiran jadi tidak menentu,
Masalah semakin bertambah besar...

Pisang emas di bawa belayar,
Di bawa berlayar hingga ke selatan...
Hutang emas boleh di bayar,
Bayar sebelum jadi buruan...

Pantun Enam Kerat

Kemana perginya semua tuala,
Tuala bukan sebarang jenama,
Di beli di pasar raya terkemuka...
Takdir Tuhan penentu segala,
Harus pasrah reda terima,
Walaupun hati ini terluka...

Kain sendiri lupa di jaga,
Menyibuk kain saudara mara,
Tegur kata mahu berlaga...
Tidak kusangka tidak kuduga,
Rupanya kau berpura-pura,
Hanya kerana orang ketiga...

Malam sudah menjelang tiba,
Sungguh indah memukau mata,
Satu dari tanda kekuasaanNya...
Tiada guna meratap hiba,
Pertama kali gagal bercinta,
Pasti ada hikmah di sebaliknya

Pantun Lapan Kerat

Pahit manis jua kutelan,
Bila mengenang kembali kenangan,
Malang datang tidak di undang,
Apabila hidup tiada berkat...
Bekerja jangan separuh jalan,
Nanti di cemuh pula majikan
Apa gunanya salahkan orang,
Salah sendiri jelas terlihat...

Tenang suasana di waktu petang,
Melihat labu ranum di ladang,
Harap awak selalu sihat,
Walaupun kita kini berjauhan...
Memang lidah tidak bertulang,
Lebih tajam daripada pedang,
Tidak salah memberi nasihat,
Tersilap kata binasa badan...

Pantun Budi

Semakin hari semakin gundah,
Bukan hanya sekali dua...
Hancur badan di kandung tanah,
Budi baik di kenang jua...

Bubur kacang rasanya sedap,
Makan berulang kali tersedak...
Hina laksana bunga dedap,
Sungguh merah berbau tidak...

Sejak tadi kelihatan gusar,
Menanti dan terus menanti...
Hutang emas boleh di bayar,
Hutang budi di bawa mati...

Kalau cik adik sudi,
Temankan abang belikan nasi...
Jika hidup tidak berbudi,
Ibarat kelapa tiada isi...

Pantun Peribahasa

Hujan emas di negeri orang,
Hujan batu di negeri sendiri...
Jika tiada aral melintang,
Esok lusa terbang ke Miri...

Besar di bawah tebu berlingkar,
Burung di kurung di dalam sangkar...
Besar di bawah pisang goyangan,
Pantang larang jadi pegangan...

Tuah ayam nampak di kaki,
Tuah manusia siapa tahu...
Baik perempuan atau lelaki,
Berpimpin tangan berganding bahu...

Hendak menyapu arang di muka,
Dari tadi masam mencuka...
Umur baru setahun jagung,
Ribut di sangka puting beliung...

Pantun Nasihat

Ada cerita ingin di beritahu,
Cepat kumpulkan sanak saudara...
Perlahan-lahan mendayung perahu,
Akhirnya akan sampai ke muara...

Pulang semula ke kampung halaman,
Sesat jalan enggan bertanya...
Pilih baju mengikut ukuran,
Jangan di lupa pula harganya...

Malu mahu menunjuk muka,
Silap perhitungan di cerca orang...
Harum wangian hanya seketika,
Bau badan tidak menghilang...

Terasa dunia semakin sempit,
Semenjak berada di tengah gurun...
Sangkakan guruh di kaki langit,
Hujan belum lagi turun...

Pantun Kiasan

Melancong hingga ke tengan Rusia,
Berbual dengan rakan senegara...
Harapan setinggi puncak dunia,
Khayalan seluas lautan samudera...

Siapa yang sebenarnya kamu,
Berbaju biru atau kelabu???
Sudah lama tidak bertemu,
Rindu membara, membakar kalbu...

Musuh, kawan tidak kuhiraukan,
Yang penting kau kuhapuskan...
Ingin memetik bunga di taman,
Adakah aku berangan-angan???

Bercuti panjang di negeri Kedah,
Di tepi pantai kita berkelah...
Lautan api sanggup di redah,
Inikan pula lautan darah...

Pantun Perbandingan

Ingin mendaki Gunung Jerai,
Dari tadi terpinga-pinga...
Becok seperti mulut murai,
Mengomel anak jiran tetangga...

Lekas di buang sampah sarap,
Selepas ini ke rumah kamu...
Hina seperti kucing kurap,
Sayang, adakah itu maksudmu???

Rindu masih lagi membara
Di belai dengan pujukan manja...
Lambat seperti kura-kura,
Mahu mengejar burung senja...

Nasi goreng berlauk budu,
Di gemari anak Pak Abu...
Merdu bagai buluh perindu,
Menusuk hingga ke dalam kalbu...

Thursday, April 26, 2012

Pantun Perumpamaan

Jangan sesekali mencukur kening,
Bagaikan aur dengan tebing...
Biskut di simpan di dalam balang,
Bagaikan ayam di sambar helang...

Seperti air di dalam kolam,
Mandi jauh dari jeram...
Seperti anjing dengan kucing,
Enak sangatkah buah belimbing...

Menang peraduan tempat ketiga,
Bagai melepas batuk di tangga...
Seperti api dalam sekam,
Gelap-gelita di waktu malam...

Semata-mata mahu berhibur,
Seperti cicak makan kapur...
Bagai itik pulang petang,
Terjeling-jeling mata memandang...

Pantun Bidalan

Ada sampan hendak berenang,
Laut tidak selalu tenang...
Cincin suasa rekaan semasa,
Alah bisa tegar biasa...

Cepat kaki ringan tangan,
Tabahkan diri dengan kesabaran...
Haram hukumnya jika berjudi,
Hendak hati semua menjadi...

Indah khabar dari rupa,
Cik adik abang menyapa...
Lunak gigi daripada lidah,
Mari kita membeli-belah...

Mencurah air ke daun keladi,
Baik ikut resmi padi...
Pipit ingin jadi enggang,
Hanya bikin orang bimbang...

Seloka Seorang Anak Pengembala

Satu dua kambing berlari,
Mencari makan dengan senang hati...
Bersyukur aku kepada Ilahi,
Hidup di dunia sementara ini...

Rumput menghijau terbentang luas,
Memukau mata sesiapa memandang...
Jangan di hirau binatang buas,
Terselit pedang di celah pinggang...

Sungai mengalir agak perlahan,
Dari jauh hingga ke lautan...
Jika berani maju ke depan,
Bercerita tentang kekuasaan Tuhan...

Dua tiga burung merpati,
Berehat di bawah pokok yang rendang...
Contohi teladan baik Nabi,
Supaya menjadi ikutan orang...

Seloka Pujangga Haluan Kiri

Berkarya bukan kerana nama,
Walaupun berjarak perbezaan kita...
Perjuangan ikhlas semata-mata,
Mahu menyemarak semangat patriotisma...

Biarpun di caci dan di cerca,
Dengan kata-kata nista...
Pendirian ini tetap sama,
Melihat negara tercinta merdeka...

Gugur satu persatu perwira,
Bersemadi tanpa istiadat tentera...
Pengorbanan sukar untuk di terima,
Konon-kononnya pengkhianat bangsa...

Sungguh mudah kalian lupa,
Jasa tokoh-tokoh ternama,
Berkorban nyawa dan harta benda,
Hanya kerana fahaman berbeza...

Seloka Tamatnya Riwayat Ditaktor

Sedih rasa di hati ini,
Apabila cuba mengenang kembali...
Keangkuhan seorang pemerintah autokrasi,
Di beri nama Muammar Gaddafi...

Empat dekat rejim berdiri,
Kemahuan rakyat tidak di peduli...
Perasaan benci mula bersemi,
Di hujani ribut sebuah revolusi...

Tentangan demi tentangan di halangi,
Masih belum berganjak lagi..
Dengan berani mengapi-api,
Konon-kononnya tetap di sayangi...

Setelah berbulan-bulan bersembunyi,
Akhirnya beliau berjaya di temui...
Sebelum sempat menyerah diri,
Mati di tangan bangsa sendiri...

Seloka Andai Nazi Berkuasa

Memang sukar untuk percaya,
Andai Nazi masih berkuasa...
Amerika yang kita kenal,
Hanya menjadi sebuah kolonial...

Jerman pasti berdabik dada,
Berjaya menakluk sepertiga dunia...
Empayar berdiri dengan megah,
Di rafak sembah ucapan tahniah...

Di sini sana lambang swastika,
Jelas terlihat di mana saja...
Satu persatu bangsa Yahudi,
Di lenyapkan dari muka bumi...

Aldof Hitler mendapat nama,
Perjuangannya tidak sia-sia...
Tanpa pengorbanan orang terdahulu,
Hanya Tuhan sahaja tahu...